Jumaat, 4 November 2011




Perunding Takaful dan Kewangan anda... "Simpanan, Perlindungan, Pelaburan"

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia
Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada anda semua kerana mengakses blog saya ini.
Anda sebenarnya cukup beruntung kerana masih sempat mambaca isi kandungan didalam laman sesawang ini. Ada sebahagian dari sahabat anda yang tidak mampu dan mempunyai peluang berbuat demikian. Samada mereka telah meninggal dunia atau sedang bertarung nyawa diatas katil hospital.
Sedangkan anda dianugerahkan tuhan dengan kesihatan yang baik, kehidupan yang sempurna sehingga anda boleh menghabiskan saki baki masa yang masih ada dengan membaca laman sesawang ini.  

Sebelum itu,saya ingin menerangkan kepada anda pengertian Takaful:
Dalam bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan 'Takaful' ialah 'Kafala' yang bermaksud untuk manjamin, menjaga atau memelihara. Menurut akta Takaful 1984, "Takaful" maksudnya satu Skim yang berasaskan Persaudaraan, Perpaduan dan Bantuan bersama yang menyediakan Pertolongan dan Bantuan Kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.
Secara amnya Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrument untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah.

eTiQa Takaful dahulunya dikenali sebagai Takaful Nasional Sdn Bhd kini telah menjadi salah sebuah Ahli Kumpulan Maybank Berhad. eTiQa Takaful menyediakan pelbagai jenis produk Takaful Keluarga, antaranya HARMONI,INTELEK,PRISMA dan PRISMA + . Satu sistem Perancangan Kewangan Islam yang pasti mampu memenuhi permintaan pasaran masa kini. Baru-baru ini eTiQA Takaful juga telah melancarkan Kad Perubatan Islamnya iaitu Takaful Medic Save Rider


Takaful Keluarga adalah satu cara bagaimana untuk menjadikan wang anda bekerja apabila anda sudah tidak mampu bekerja untuk mandapatkan wang suatu hari nanti


Anda masih ada masa untuk membuat suatu keputusan yang penting didalam hidup anda. Dengan sumbangan permulaan serendah RM70.00 sebulan tidak akan menyebabkan anda jatuh miskin jauh sekali menjadi papa kedana.
Adakah dengan menyumbang RM70.00 sebulan akan menyebabkan keluarga anda akan jatuh miskin, muflis atau merempat?Saya yakin tidak akan sampai ketahap itu.
Tahukah anda, disaat anda sedang berfikir atau berkira kira untuk menyertai salah satu dari pelan perlindungan takaful. Berjuta orang yang sedang sakit, lumpuh atau terlantar di katil hospital sedang berkira kira untuk membayar kos rawatan mereka. Mereka bukan sahaja sedang berfikir untuk menjelaskan kos rawatan tersebut. Tetapi, mereka juga sedang sibuk berfikir bagaimana untuk mendapatkan wang bagi menjelaskan kos yang terpaksa ditanggung. 
Dengan RM70.00 sebulan. Anda bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga anda, tapi anda juga sebenarnya telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan orang orang Melayu Islam.
Rata ratanya individu Melayu hanya memiliki perlindungan Insuran dan Takaful pada kadar RM30,000.00 sahaja bagi setipa orang. Apa yang boleh waris anda lakukan dengan jumlah sebanyak itu?. Untuk beli motor kapcai pun tidak mencukupi apatah lagi untuk meneruskan kesinambungan kekuatan ekonomi bangsa Malayu pada masa depan.
Ramai dari anda tidak selesa berbicara soal hidup dan mati. Walaupun anda tahu anda boleh meninggal hari ini. Andai kata anda meninggal sesudah anda membaca isi kandungan didalam laman web ini. Apakah yang akan anda tinggalkan untuk mereka yang masih hidup? Ada sebahagian dari anda lansung tidak mempunyai apa apa kecuali hutang keliling pinggang. Adakah itu yang akan anda tinggalkan buat isteri tercinta dan anak anak tersayang? Fikir fikirkan…


Etiqa Takaful Berhad
  • Etiqa Takaful Berhad merupakan sebuah syarikat Takaful Komposit bukan sahaja terbesar di Malaysia malah di dunia.
  • Etiqa Takaful Berhad merupakan syarikat takaful dibawah kumpulan perbankan yang terbesar di malaysia iaitu kumpulan Maybank 
  • Etiqa Takaful Berhad dikawal selia oleh Majlis Pengawasan Syariah supaya setiap aktiviti kewangan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Syarak.

Peringatan Penting Kepada Bakal Pelanggan

bulletsbluerightKepada semua bakal bakal pelanggan syarikat insuran dan takaful. Pastikan anda mengistiharkan kesihatan anda dengan jujur didalam borang cadangan/permohonan semasa proses mengisi borang. Jika anda menyembunyikan tahap kesihatan anda berkemungkinan besar tuntutan anda akan ditolak. Untuk itu, bertindaklah dengan jujur semasa memberi tahu tahap kesihatan anda kepada wakil/agen syarikat takaful anda


Jika anda memerlukan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi : 


MOHD NORHAFIFY BIN ABDUL RAHIM 
PERUNDING KEWANGAN ETIQA TAKAFUL
No. Telefon : 016-9468334
Email : mohdnorhafify@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan