Sabtu, 19 November 2011

PELAN HARMONI




1. APAKAH CIRI-CIRI PRODUK INI?

Harmoni ialah pelan simpanan yang menawarkan elemen perlindungan dan simpanan untuk keperluan kewangan masa depan anda. Ia merupakan pelan fleksible yang membantu untuk mengukuhkan perlindungan kewangan keluarga anda. Di bawah pelan ini, Jumlah Perlindungan Asas dibayar sekiranya kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal berlaku kepada orang yang dilindungi semasa tempoh sijil, anda akan menerima nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP) dan lebihan daripada Dana Risiko Peserta (DRP) (Sekiranya Ada).

2. APAKAH KONSEP-KONSEP ASAS SYARIAH YANG DIGUNAKAN?

TABARRU’
Pelan ini berpegang kepada konsep Tabarru’ dimana peserta bersetuju untuk menderma atau menyumbang sebahagian daripada sumbangan yang dibayar kepada Dana Risiki Peserta (Dana Tabarru’) bagi tujuan saling bantu-membantu dan menghulurkan bantuan kepada peserta yang memerlukan.

WAKALAH
Pelan ini juga menggunakan konsep Wakalah, di mana Peserta melantik Pengendali Takaful untuk bertindak bagi pihak mereka untuk melabur dan menguruskan Dana Tabarru’ dan Dana Pelaburan. Yuran Wakalah akan ditolak dari sumbangan kasar setiap pelan. Amaun selebihnya akan dimasukkan ke dalam Dalam Risiko Peserta (DRP) dan Dana Pelaburan Peserta (DPP) berdasarkan nisbah yang telah ditentukan.

DANA RISIKO PESERTA
Sebahagian daripada sumbangan yang anda bayar, selepas ditolak yuran wakalah, akan diperuntukan ke dalam DRP. Sebarang lebihan yang diagihkan daripada DRP ini pada setiap penghujung tahun kewangan akan diagihkan dengan nisbah 50:50 di antara Peserta dan Pengendali Takaful. Amaun untuk Peserta akan dilabur semula dan dikumpulkan di dalam DPP.

DANA PELABURAN PESERTA
Bahagian selebihnya daripada sumbangan tersebut akan dimasukkan ke dalam DPP. Pada setiap penghujung tahun kewangan, 85% daripada keuntungan pelaburan bersih selepas cukai akan dilaburkan semula ke dalam DPP. Baki 15% keuntungan pelaburan tersebut akan diberikan kepada Pengendali Takaful sebagai yuran insentif kerana menguruskan dana ini. Dana ini akan dikumpulkan dan dibayar kepada anda pada tempoh akhir sijil atau setelah penamatan sijil.

3. APAKAH PERLINDUNGAN / MANFAAT YANG DIBERIKAN?

-          Kematian
-          Hilang Upaya Menyeluruh dan kekal (HUMK)
-          Manfaat Matang
-          Rider Regular Topup
-          Rider Manfaat Kematian & Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal
-          Rider Indemniti Kemalangan
-          Rider Manfaat Tunai Hospital
-          Rider Bertempoh
-          Rider Medic Save
-          Rider Penyakit Kritikal
-          Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal



Jika anda memerlukan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi : 

MOHD NORHAFIFY BIN ABDUL RAHIM 
PERUNDING KEWANGAN ETIQA TAKAFUL
No. Telefon : 016-9468334
Email : mohdnorhafify@gmail.com




Tiada ulasan:

Catat Ulasan