Selasa, 8 November 2011

PENGENALAN DAN CIRI-CIRI ETIQA TAKAFUL


PENGERTIAN TAKAFUL:

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab “Kafala” iaitu bermaksud “Saling jamin menjamin”
Dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu kumpulan utuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para paserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah

Menurut Akta Takaful 1984, Takaful ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan,perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada para peserta jika diperlukan dimana peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.
Secara amnya, takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensinal dimana kedua-duanya merupakan instrument untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah.

CIRI-CIRI TAKAFUL:

1. Sistem Islam
2. Sumbangan At-Tabbaru’at
3. Pelaburan Halal
4. Majlis Pengawasan Syariah
5. Tiada Unsur Riba
6. Tiada Unsur Maisir (Judi)
7. Tiada Unsur Gharar
8. Al-Mudharabah (Perkongsian Untung)

1. SISTEM ISLAM

Konsep insurans iaitu golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam.
Al-Quran dalam Surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud:

“Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan” merupakan bukti umala betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji).

2. SUMBANGAN AT-TABARRU’

Tabarru’ merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan TAKAFUL mestilah hadir dengan niat yang ikhlas ketika menyumbang (At-Tabarru’) bagi membantu sesama para paserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat,emua peserta tersebut bersetuju untuk saling bantu membantu dikalangan mereka ketika ditimpa musibah.

Dalam industri Takaful, At-Tabarru’ yang diperkenalkan ialah At-Tabarru’at yang bersyarat.

Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru’at kerana ingin memastikan Tabarru’at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi member keadilan kepada semua pihak, jester itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru’at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

3. PELABURAN HALAL

Wang peserta akan dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawsan Syariah.
-          Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan)
-          Akaun Simpanan di bank (Al-Mudharabah)
-          Projek Pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil)
-          Harta Bangunan
-          Pembiayaan Perumahan
-          Sekuriti Saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah)

4. MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH

Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):-

“Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan”


5. TIADA UNSUR RIBA

Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampas an kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakannya dilaburkan didalam instrument kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan system perbankan konvensional.

Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam system kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.

6. TIADA UNSUR MAISIR

Para ulama’ menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsure judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:

-          Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
-          Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindunginya (the insured event) tidak berlaku.
-          Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihijumlah premium yang diterima.


7. TIADA UNSUR GHARAR (TIDAK JELAS)

Maksud Gharar ialah ketidakpastian. Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah:

“Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain”

Di dalam kontrak insuran terdapat unsur ketidakpastian Iaitu:

-          Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayar yang dijanjikan.
-          Tidak diketahui kadar bayarannya.
-          Tidak diketahui bila masanya.

8.0 AL-MUDHARABAH (PERKONGSIAN KEUNTUNGAN)

Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat.
Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan.
Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat.

Contoh : Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat.



Jika anda memerlukan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi : 


MOHD NORHAFIFY BIN ABDUL RAHIM 
PERUNDING KEWANGAN ETIQA TAKAFUL
No. Telefon : 016-9468334
Email : mohdnorhafify@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan