1. APAKAH
CIRI-CIRI PRODUK INI?
Harmoni ialah pelan simpanan yang menawarkan elemen
perlindungan dan simpanan untuk keperluan kewangan masa depan anda. Ia merupakan
pelan fleksible yang membantu untuk mengukuhkan perlindungan kewangan keluarga
anda. Di bawah pelan ini, Jumlah Perlindungan Asas dibayar sekiranya kematian
dan hilang upaya menyeluruh dan kekal berlaku kepada orang yang dilindungi
semasa tempoh sijil, anda akan menerima nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan
Peserta (DPP) dan lebihan daripada Dana Risiko Peserta (DRP) (Sekiranya Ada).
2. APAKAH
KONSEP-KONSEP ASAS SYARIAH YANG DIGUNAKAN?
TABARRU’
Pelan ini berpegang kepada konsep Tabarru’ dimana peserta
bersetuju untuk menderma atau menyumbang sebahagian daripada sumbangan yang
dibayar kepada Dana Risiki Peserta (Dana Tabarru’) bagi tujuan saling
bantu-membantu dan menghulurkan bantuan kepada peserta yang memerlukan.
WAKALAH
Pelan ini juga menggunakan konsep Wakalah, di mana
Peserta melantik Pengendali Takaful untuk bertindak bagi pihak mereka untuk
melabur dan menguruskan Dana Tabarru’ dan Dana Pelaburan. Yuran Wakalah akan
ditolak dari sumbangan kasar setiap pelan. Amaun selebihnya akan dimasukkan ke
dalam Dalam Risiko Peserta (DRP) dan Dana Pelaburan Peserta (DPP) berdasarkan
nisbah yang telah ditentukan.
DANA RISIKO
PESERTA
Sebahagian daripada sumbangan yang anda bayar, selepas
ditolak yuran wakalah, akan diperuntukan ke dalam DRP. Sebarang lebihan yang
diagihkan daripada DRP ini pada setiap penghujung tahun kewangan akan diagihkan
dengan nisbah 50:50 di antara Peserta dan Pengendali Takaful. Amaun untuk
Peserta akan dilabur semula dan dikumpulkan di dalam DPP.
DANA PELABURAN
PESERTA
Bahagian selebihnya daripada sumbangan tersebut akan
dimasukkan ke dalam DPP. Pada setiap penghujung tahun kewangan, 85% daripada
keuntungan pelaburan bersih selepas cukai akan dilaburkan semula ke dalam DPP. Baki
15% keuntungan pelaburan tersebut akan diberikan kepada Pengendali Takaful
sebagai yuran insentif kerana menguruskan dana ini. Dana ini akan dikumpulkan
dan dibayar kepada anda pada tempoh akhir sijil atau setelah penamatan sijil.
3. APAKAH PERLINDUNGAN
/ MANFAAT YANG DIBERIKAN?
-
Kematian
-
Hilang
Upaya Menyeluruh dan kekal (HUMK)
-
Manfaat
Matang
-
Rider
Regular Topup
-
Rider
Manfaat Kematian & Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal
-
Rider Indemniti
Kemalangan
-
Rider
Manfaat Tunai Hospital
-
Rider
Bertempoh
-
Rider
Medic Save
-
Rider
Penyakit Kritikal
-
Rider
Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal
Jika anda memerlukan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi :
MOHD NORHAFIFY BIN ABDUL RAHIM
PERUNDING KEWANGAN ETIQA TAKAFUL
No. Telefon : 016-9468334
Email : mohdnorhafify@gmail.com