Jumaat, 11 Mei 2012

PELAN ETIQA TAKAFUL - PELAN PERLINDUNGAN TERBAIK




Kami juga ingin memberikan tips-tips terbaik memilih polisi insurans untuk anda iaitu :-

1. Kenalpasti bajet anda untuk memiliki insurans 
    Serendah Rm80 sebulan pun anda mampu memiliki polisi insurans termasuk simpanan
    tetap anda.
2. Kenalpasti jenis perlindungan yang anda kehendaki
    Adakah anda berisiko untuk terlibat dengan kemalangan ditempat kerja atau jalanraya , 
    anda terdedah dengan penyakit kritikal kerana corak hidup dan pemakanan anda tidak
    seimbang?

3. Kenalpasti jumlah perlindungan yang dikehendaki
    Adakah tujuan anda mendapat manfaat pulangan yang tinggi pada tempoh matang 3 
    tahun pertama, pulangan yang tinggi pada hari persaraan anda kelak atau perlindungan
    anda ketika anda bersara awal atau bersara wajib dan paling penting perlindungan 
    rawatan hospital anda

4. Kenalpasti siapakah yang patut anda lindungi
    Siapa yang anda paling sayang? Diri sendiri? Anak-anak? Atau keluarga anda?

Kami di Etiqa Takaful kami komited membantu dengan :

1. Percayakah anda dengan hanya RM3 hingga RM5 sehari anda sudah menyediakan 
    tabungan dan pelindungan untuk perancangan kewangan hari untuk hari esok

2. Pengeluaran simpanan anda boleh dilakukan tanpa menjejaskan amaun polisi
    perlindungan
3. Setiap pelaburan dikawal selia oleh majlis pengawasan syariah (Diketuai oleh Dato’ Seri 
    Hj Harussani Bin Zakaria)

4. Pengeluaran zakat pada setiap tahun dan pengecualian cukai pendapatan

5. Khairat kematian

6. Pampasan kemalangan

7. Manfaat Elaun harian hospital dan Cuti Sakit (MC) anda kami akan bayar

8. Manfaat hilang upaya kekal atau cacat pun kami akan bayar

9. Manfaat penyakit kritikal (36 jenis) termasuk semua jenis kanser

Sabtu, 19 November 2011

PELAN HARMONI




1. APAKAH CIRI-CIRI PRODUK INI?

Harmoni ialah pelan simpanan yang menawarkan elemen perlindungan dan simpanan untuk keperluan kewangan masa depan anda. Ia merupakan pelan fleksible yang membantu untuk mengukuhkan perlindungan kewangan keluarga anda. Di bawah pelan ini, Jumlah Perlindungan Asas dibayar sekiranya kematian dan hilang upaya menyeluruh dan kekal berlaku kepada orang yang dilindungi semasa tempoh sijil, anda akan menerima nilai terkumpul di dalam Dana Pelaburan Peserta (DPP) dan lebihan daripada Dana Risiko Peserta (DRP) (Sekiranya Ada).

2. APAKAH KONSEP-KONSEP ASAS SYARIAH YANG DIGUNAKAN?

TABARRU’
Pelan ini berpegang kepada konsep Tabarru’ dimana peserta bersetuju untuk menderma atau menyumbang sebahagian daripada sumbangan yang dibayar kepada Dana Risiki Peserta (Dana Tabarru’) bagi tujuan saling bantu-membantu dan menghulurkan bantuan kepada peserta yang memerlukan.

WAKALAH
Pelan ini juga menggunakan konsep Wakalah, di mana Peserta melantik Pengendali Takaful untuk bertindak bagi pihak mereka untuk melabur dan menguruskan Dana Tabarru’ dan Dana Pelaburan. Yuran Wakalah akan ditolak dari sumbangan kasar setiap pelan. Amaun selebihnya akan dimasukkan ke dalam Dalam Risiko Peserta (DRP) dan Dana Pelaburan Peserta (DPP) berdasarkan nisbah yang telah ditentukan.

DANA RISIKO PESERTA
Sebahagian daripada sumbangan yang anda bayar, selepas ditolak yuran wakalah, akan diperuntukan ke dalam DRP. Sebarang lebihan yang diagihkan daripada DRP ini pada setiap penghujung tahun kewangan akan diagihkan dengan nisbah 50:50 di antara Peserta dan Pengendali Takaful. Amaun untuk Peserta akan dilabur semula dan dikumpulkan di dalam DPP.

DANA PELABURAN PESERTA
Bahagian selebihnya daripada sumbangan tersebut akan dimasukkan ke dalam DPP. Pada setiap penghujung tahun kewangan, 85% daripada keuntungan pelaburan bersih selepas cukai akan dilaburkan semula ke dalam DPP. Baki 15% keuntungan pelaburan tersebut akan diberikan kepada Pengendali Takaful sebagai yuran insentif kerana menguruskan dana ini. Dana ini akan dikumpulkan dan dibayar kepada anda pada tempoh akhir sijil atau setelah penamatan sijil.

3. APAKAH PERLINDUNGAN / MANFAAT YANG DIBERIKAN?

-          Kematian
-          Hilang Upaya Menyeluruh dan kekal (HUMK)
-          Manfaat Matang
-          Rider Regular Topup
-          Rider Manfaat Kematian & Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal
-          Rider Indemniti Kemalangan
-          Rider Manfaat Tunai Hospital
-          Rider Bertempoh
-          Rider Medic Save
-          Rider Penyakit Kritikal
-          Rider Pengecualian Sumbangan untuk Penyakit Kritikal



Jika anda memerlukan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi : 

MOHD NORHAFIFY BIN ABDUL RAHIM 
PERUNDING KEWANGAN ETIQA TAKAFUL
No. Telefon : 016-9468334
Email : mohdnorhafify@gmail.com




Rabu, 9 November 2011

Pelan Takaful Peribadi di Etiqa Takaful


Seperti yang kita maklum bahawa setiap manusia menjalani  peringkat kehidupan yang berbeza. Untuk melindungi cara hidup kita, kita perlu merancang ke hadapan. Lagipun, perancangan kewangan untuk masa depan adalah satu proses berterusan penilaian. Sama ada untuk mencapai impian tertentu, untuk persaraan atau pendidikan anak anda.

Di Etiqa, kami memastikan kepentingan anda di tengah-tengah dan kerana kami memahami bahawa setiap keperluan individu adalah berbeza, produk patuh Syariah kita patut dibuat kepada anda. Untuk membantu anda mencapai matlamat anda adalah keutamaan kami.

Bercita-cita untuk masa depan yang lebih cerah

Semua orang mempunyai cita-cita sebuah kereta yang lebih baik, rumah yang lebih besar atau persaraan yang selesa. Sebagai seorang individu yang bijak, anda tahu betapa pentingnya menabung untuk masa depan yang lebih baik. Tetapi kadang-kadang di luar jangkaan berlaku dan simpanan anda mungkin diperlukan untuk kecemasan menyelamatkan nyawa.

Menurut statistik, 19 orang dimasukkan ke hospital setiap jam. Kira-kira 1035 orang korban daripada kecederaan akibat kemalangan setiap jam dan banyak lagi  meninggalkan keluarga mereka tanpa wang simpanan. Lindungilah masa depan yang lebih baik sekarang kerana kehidupan penuh dengan ketidakpastian.

Sumber : World Helath Organization 2004, Desease and Injury Country Estimate

Dapatkan gaya hidup yang lebih baik disamping melindungi masa depan keluarga anda:

Jika anda memerlukan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi : 

MOHD NORHAFIFY BIN ABDUL RAHIM 
PERUNDING KEWANGAN ETIQA TAKAFUL
No. Telefon : 016-9468334
Email : mohdnorhafify@gmail.com

Selasa, 8 November 2011

PENGENALAN DAN CIRI-CIRI ETIQA TAKAFUL


PENGERTIAN TAKAFUL:

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab “Kafala” iaitu bermaksud “Saling jamin menjamin”
Dari segi tafsiran Syara’ ia adalah pakatan satu kumpulan utuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para paserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah

Menurut Akta Takaful 1984, Takaful ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan,perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada para peserta jika diperlukan dimana peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.
Secara amnya, takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensinal dimana kedua-duanya merupakan instrument untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah.

CIRI-CIRI TAKAFUL:

1. Sistem Islam
2. Sumbangan At-Tabbaru’at
3. Pelaburan Halal
4. Majlis Pengawasan Syariah
5. Tiada Unsur Riba
6. Tiada Unsur Maisir (Judi)
7. Tiada Unsur Gharar
8. Al-Mudharabah (Perkongsian Untung)

1. SISTEM ISLAM

Konsep insurans iaitu golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam.
Al-Quran dalam Surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud:

“Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan” merupakan bukti umala betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji).

2. SUMBANGAN AT-TABARRU’

Tabarru’ merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan TAKAFUL mestilah hadir dengan niat yang ikhlas ketika menyumbang (At-Tabarru’) bagi membantu sesama para paserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata lain yang lebih tepat,emua peserta tersebut bersetuju untuk saling bantu membantu dikalangan mereka ketika ditimpa musibah.

Dalam industri Takaful, At-Tabarru’ yang diperkenalkan ialah At-Tabarru’at yang bersyarat.

Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru’at kerana ingin memastikan Tabarru’at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi member keadilan kepada semua pihak, jester itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru’at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

3. PELABURAN HALAL

Wang peserta akan dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawsan Syariah.
-          Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan)
-          Akaun Simpanan di bank (Al-Mudharabah)
-          Projek Pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil)
-          Harta Bangunan
-          Pembiayaan Perumahan
-          Sekuriti Saham (Senarai kaunter yang diluluskan oleh Syariah)

4. MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH

Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b):-

“Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan”


5. TIADA UNSUR RIBA

Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampas an kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakannya dilaburkan didalam instrument kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan system perbankan konvensional.

Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam system kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.

6. TIADA UNSUR MAISIR

Para ulama’ menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsure judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:

-          Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
-          Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindunginya (the insured event) tidak berlaku.
-          Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihijumlah premium yang diterima.


7. TIADA UNSUR GHARAR (TIDAK JELAS)

Maksud Gharar ialah ketidakpastian. Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah:

“Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain”

Di dalam kontrak insuran terdapat unsur ketidakpastian Iaitu:

-          Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayar yang dijanjikan.
-          Tidak diketahui kadar bayarannya.
-          Tidak diketahui bila masanya.

8.0 AL-MUDHARABAH (PERKONGSIAN KEUNTUNGAN)

Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat.
Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan.
Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat.

Contoh : Nisbah 80:20 atau 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat.



Jika anda memerlukan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi : 


MOHD NORHAFIFY BIN ABDUL RAHIM 
PERUNDING KEWANGAN ETIQA TAKAFUL
No. Telefon : 016-9468334
Email : mohdnorhafify@gmail.com

Jumaat, 4 November 2011

HUBUNGI:


EN MOHD NORHAFIFY BIN ABDUL RAHIM 
Perunding Agen Insuran Etiqa Takaful


Segala pertanyaan, aduan atau permohonan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, masalah, aduan atau anda ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan Pelan Takaful Keluarga yang bersesuaian dengan anda. Anda boleh menghubungi saya di talian 016-9468334 atau menghantar email ke mohdnorhafify@gmail.com.InsyaAllah saya akan membantu anda secepat mungkin.






Perunding Takaful dan Kewangan anda... "Simpanan, Perlindungan, Pelaburan"

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia
Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada anda semua kerana mengakses blog saya ini.
Anda sebenarnya cukup beruntung kerana masih sempat mambaca isi kandungan didalam laman sesawang ini. Ada sebahagian dari sahabat anda yang tidak mampu dan mempunyai peluang berbuat demikian. Samada mereka telah meninggal dunia atau sedang bertarung nyawa diatas katil hospital.
Sedangkan anda dianugerahkan tuhan dengan kesihatan yang baik, kehidupan yang sempurna sehingga anda boleh menghabiskan saki baki masa yang masih ada dengan membaca laman sesawang ini.  

Sebelum itu,saya ingin menerangkan kepada anda pengertian Takaful:
Dalam bahasa Arab, kata dasar bagi perkataan 'Takaful' ialah 'Kafala' yang bermaksud untuk manjamin, menjaga atau memelihara. Menurut akta Takaful 1984, "Takaful" maksudnya satu Skim yang berasaskan Persaudaraan, Perpaduan dan Bantuan bersama yang menyediakan Pertolongan dan Bantuan Kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.
Secara amnya Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrument untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah.

eTiQa Takaful dahulunya dikenali sebagai Takaful Nasional Sdn Bhd kini telah menjadi salah sebuah Ahli Kumpulan Maybank Berhad. eTiQa Takaful menyediakan pelbagai jenis produk Takaful Keluarga, antaranya HARMONI,INTELEK,PRISMA dan PRISMA + . Satu sistem Perancangan Kewangan Islam yang pasti mampu memenuhi permintaan pasaran masa kini. Baru-baru ini eTiQA Takaful juga telah melancarkan Kad Perubatan Islamnya iaitu Takaful Medic Save Rider


Takaful Keluarga adalah satu cara bagaimana untuk menjadikan wang anda bekerja apabila anda sudah tidak mampu bekerja untuk mandapatkan wang suatu hari nanti


Anda masih ada masa untuk membuat suatu keputusan yang penting didalam hidup anda. Dengan sumbangan permulaan serendah RM70.00 sebulan tidak akan menyebabkan anda jatuh miskin jauh sekali menjadi papa kedana.
Adakah dengan menyumbang RM70.00 sebulan akan menyebabkan keluarga anda akan jatuh miskin, muflis atau merempat?Saya yakin tidak akan sampai ketahap itu.
Tahukah anda, disaat anda sedang berfikir atau berkira kira untuk menyertai salah satu dari pelan perlindungan takaful. Berjuta orang yang sedang sakit, lumpuh atau terlantar di katil hospital sedang berkira kira untuk membayar kos rawatan mereka. Mereka bukan sahaja sedang berfikir untuk menjelaskan kos rawatan tersebut. Tetapi, mereka juga sedang sibuk berfikir bagaimana untuk mendapatkan wang bagi menjelaskan kos yang terpaksa ditanggung. 
Dengan RM70.00 sebulan. Anda bukan sahaja dapat meringankan beban keluarga anda, tapi anda juga sebenarnya telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dikalangan orang orang Melayu Islam.
Rata ratanya individu Melayu hanya memiliki perlindungan Insuran dan Takaful pada kadar RM30,000.00 sahaja bagi setipa orang. Apa yang boleh waris anda lakukan dengan jumlah sebanyak itu?. Untuk beli motor kapcai pun tidak mencukupi apatah lagi untuk meneruskan kesinambungan kekuatan ekonomi bangsa Malayu pada masa depan.
Ramai dari anda tidak selesa berbicara soal hidup dan mati. Walaupun anda tahu anda boleh meninggal hari ini. Andai kata anda meninggal sesudah anda membaca isi kandungan didalam laman web ini. Apakah yang akan anda tinggalkan untuk mereka yang masih hidup? Ada sebahagian dari anda lansung tidak mempunyai apa apa kecuali hutang keliling pinggang. Adakah itu yang akan anda tinggalkan buat isteri tercinta dan anak anak tersayang? Fikir fikirkan…


Etiqa Takaful Berhad
  • Etiqa Takaful Berhad merupakan sebuah syarikat Takaful Komposit bukan sahaja terbesar di Malaysia malah di dunia.
  • Etiqa Takaful Berhad merupakan syarikat takaful dibawah kumpulan perbankan yang terbesar di malaysia iaitu kumpulan Maybank 
  • Etiqa Takaful Berhad dikawal selia oleh Majlis Pengawasan Syariah supaya setiap aktiviti kewangan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Syarak.

Peringatan Penting Kepada Bakal Pelanggan

bulletsbluerightKepada semua bakal bakal pelanggan syarikat insuran dan takaful. Pastikan anda mengistiharkan kesihatan anda dengan jujur didalam borang cadangan/permohonan semasa proses mengisi borang. Jika anda menyembunyikan tahap kesihatan anda berkemungkinan besar tuntutan anda akan ditolak. Untuk itu, bertindaklah dengan jujur semasa memberi tahu tahap kesihatan anda kepada wakil/agen syarikat takaful anda


Jika anda memerlukan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi : 


MOHD NORHAFIFY BIN ABDUL RAHIM 
PERUNDING KEWANGAN ETIQA TAKAFUL
No. Telefon : 016-9468334
Email : mohdnorhafify@gmail.com